Wednesday, January 18, 2012

Khairul, Fadhli Jalani Latihan Di Eropah

DUA pemain utama skuad juara Sukan Sea Indonesia 2011, Khairul Fahmi Che Mat dan Mohd Fadhli Shas antara pemain yang berada dalam perancangan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) untuk dihantar menjalani latihan dan ujian percubaan di Eropah.



Naib Presiden FAM, Datuk Subahan Kamal berkata, rancangan itu bukan hanya membabitkan kerjasama dengan kelab Liga Kejuaraan, Cardiff City saja sebaliknya dengan kelab lain di luar negara.

Safee, Safiq Gigit Jari

FAKTOR usia dan isu permit kerja jelas menjadi penghalang besar kepada hajat besar dua tonggak skuad negara – Safee Sali dan Safiq Rahim – untuk mewakili kelab Cardiff City dari Wales.



Sebaliknya pihak pengurus kelab berkenaan difahamkan lebih berminat untuk memberi peluang kepada pemain muda tanah air menguji bakat mereka dalam Liga Kejuaraan Inggeris itu.

Keputusan Dan Kedudukan Terkini Liga Super Malaysia 2012 (Minggu 3)

Keputusan perlawanan minggu ketiga Liga Super Malaysia musim 2012



Felda United 1-0 Selangor
Lions XII 2-1 Kuala Lumpur
Sarawak 0-1 Terengganu
T-Team 0-0 Sabah
Perak 2-1 Negeri Sembilan
PKNS FC 0-0 Kedah
Kelantan 2-1 Johor FC

Kedudukan Terkini Liga Super Malaysia 2012 selepas 3 perlawanan:

Sinar Harian

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...